pengunjung blog ini

Elmo Sesame Street

Wednesday 11 April 2012

NGP Bowling Game



Sempena cuti umum Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 (Rabu), Neo Group Of  Putrajaya telah menganjurkan perlawanan bowling persahabatan yang telah diadakan di ARL Power Bowl, Alamanda pada jam 12.00 tengah hari. Perlawanan Bowling ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli-ahli group disamping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Seramai hampir 25 orang ahli group ini telah memeriahkan pertandingan ini. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Team Sayor, Team Ape Celop, Team Lucky Strike dan Team Undercat.

Keputusan keseluruhan perlawanan bowling ini adalah seperti berikut : 


                 
Team sayor telah menjuarai perlawanan bowling ini dengan mendapat 403 jatuhan pin pada game yang pertama dan 523 jatuhan pin pada game yang kedua. Total Keseluruhan team ini memperolehi 926 jatuhan pin. Manakala Team Apa Celop terpaksa akur dengan mendapat tempat kedua walaupun pada peringkat awal permainan, team ini telah beraksi dengan baik sekali dengan memperolehi 445 jatuhan pin mengalahkan team sayor dan team-team yang lain. hahahahah..


Team Sayor..dah menang poyo jer


Team  Petak  @ Apa Celop..Cool jeerr...



















* Abg Reef De sorry copy gambar 

1 comment: