pengunjung blog ini

Elmo Sesame Street

Tuesday, 17 April 2012

BerPhoto at Gym


Haa ni aku nak cerita kisah kawan-kawan aku yg semangat gila skunk nak g gym. Nak lawan aku katenya...jeles tgk badan aku tuff la tu an..hahaha. Nak main gym ni kena ada disiplin. Dalam seminggu sekurang-kurangnya 3 kali kena workout. Tapi x boleh heavy sgt workout ni sbb badan kita perlu rehat bagi membaiki tisu-tisu yg koyak. Tempat yang kitaorg selalu main gym ialah di Gymnasium Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya. Ni la antara gym yang ok skit yg terdapat di putrajaya. Ok la..tempat yg luas dan agak selesa dan peralatan gym pun banyak berbaloi dengan harga yang murah. Untuk student Rm3 sekali masuk dan yang dah bekerja Rm4. Kalo sebelum ni aku join Fitness First yuran bulanan pun dah Rm200 ringgit tetapi susana dia mmg sgt berbeza la. Sebenarnya x penting pun tempat mahal atau murah yg penting kita ada disiplin dan teknik menggunakan peralatan gym yg betul barulah cepat bekesan selain mengambil makanan tambahan la seperti protein dan sebagainya. 

Selepas penat dan selesai main semua peralatan masing2 nak tunjuk ketulan2 yang tak berapa nak timbul. Aku xyh cite la nampk la jugak ketul2 tu kan..hahah...



Budak kepala licin tuh namanya ABEN..Dia lah coach kitaorg walaupun aku lagi tuff dr dia...haha




Jejaka berbaju hitam ni namanya mr forevealone a.k.a Adam.  Dia la yg semangat gler skunk nak main gym..untuk memikat hati seorang gadis katanya....



Fuhh dah besar dah bicep dia..baru sebulan main gym..tengk la saper  Gym Instructor diorang..kidmat free je..emm



Aku lah Yoe Arifin Gym Instructor...kwang2




Abang Botak tengah train Adam..ketat je muka



Dalam toilet pun layan jer...yang penting tunjuk mucle



saya x mampu tapi saya ada ER6..



keranamu malaysia

Monday, 16 April 2012

Pre-Wedding Photoshoot


FHAD & SARIMA

Pasangan yang bakal melangsungkan perkawinan mereka pada 20 Ogos 2012 & Majlis Reception pada 21 Ogos 2012 telah menjalankan sesi pengambaran Pre-Wedding mereka di Taman Wetland, Putrajaya. Sorry la kalau gambar ni kurang menarik. Maklumlah tak berapa mahir lagi dan masih dalam proses untuk belajar.

Enjoy the pixxss..daaa...



Cinta tidak boleh dipaksa dan Cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.










































Wednesday, 11 April 2012

NGP Bowling Game



Sempena cuti umum Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 (Rabu), Neo Group Of  Putrajaya telah menganjurkan perlawanan bowling persahabatan yang telah diadakan di ARL Power Bowl, Alamanda pada jam 12.00 tengah hari. Perlawanan Bowling ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli-ahli group disamping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Seramai hampir 25 orang ahli group ini telah memeriahkan pertandingan ini. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Team Sayor, Team Ape Celop, Team Lucky Strike dan Team Undercat.

Keputusan keseluruhan perlawanan bowling ini adalah seperti berikut : 


                 
Team sayor telah menjuarai perlawanan bowling ini dengan mendapat 403 jatuhan pin pada game yang pertama dan 523 jatuhan pin pada game yang kedua. Total Keseluruhan team ini memperolehi 926 jatuhan pin. Manakala Team Apa Celop terpaksa akur dengan mendapat tempat kedua walaupun pada peringkat awal permainan, team ini telah beraksi dengan baik sekali dengan memperolehi 445 jatuhan pin mengalahkan team sayor dan team-team yang lain. hahahahah..


Team Sayor..dah menang poyo jer


Team  Petak  @ Apa Celop..Cool jeerr...



















* Abg Reef De sorry copy gambar 

Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong 2012

11 April 2012 telah diisytiharkan sebagai  cuti umum sempena Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Beliau telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada 13 Disember lalu mengantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.


Pengisytiharan hari perlepasan am ini di buat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.