Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei 1948 di bumi Palestin 64 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis melalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilagan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat palestin menjadi satu keinsafan bagi umat islam menghulurkan bantuan. Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan antaranya ialah Konvoi Aman Palestin yang telah diadakan pada 31 Mac 2012 (Sabtu) yang lepas.
Aman Palestin menyokong penuh gerakan GMJ di seluruh dunia tanpa mengira batas sempadan agama dan ideologi. Konvoi Pembebasan Al-Aqsa yang bermula dari Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada jam 7.00 pagi sebelum bertolak ke Masjid Shah Alam, tepat jam 9.00 pagi.
Dengan penyertaan lebih daripada 500 buah kenderaan dan superbikes, bersama lebih dari 1000 orang , adalah sokongan padu rakyat malaysia atas usaha-usaha Aman Palestin.
Neo Crews Malaysia (NCM) menyokong penuh Konvoi Pembebasan Al-Aqsa ini buat kali kedua selepas konvoi di Damansara pada Februari lepas. Pada kali ini sebanyak lebih kurang 40 buah kereta satria neo menyertai konvoi ini.
Wakil Neo Crews Malaysia (NCM) |
Wakil Neo Group Of Putrajaya (NGP) |
Awek Neo Putrajaya..hehe :) |
Mendapat Liputan dari Media (Utusan malaysia 1 April 2012) |
sticker Save Palestin |
Kak Farah TV9 |
Video Konvoi NCM utk Aman Palestin yang mendapat liputan media tv9 di Damansara
ahhhhh sume gambar edit je ni... hahahaha
ReplyDeletecayalah neo group of putrajaya! =)
ReplyDeletehuuuu yooooo masuk paper...
ReplyDeletebila la dapat join club tt neo nie... huhuhu :(
tima kaseh semua... :)
ReplyDeleteterbaik la konvoi ni..rugi tak join masa tu..huhu~
ReplyDeletewaa best..
ReplyDeleteni sekali dengan blogger syahiroo ke?
dia pun de wat entry ttg ni..
haha . suka leh bergambar ngan kak farah lettew XD . okayy , jokes . lol .
ReplyDeletemcm best je..hee
ReplyDeletehehe...konvoi nie mmg terbaik..best..aktiviti yg baik...tq semua
ReplyDelete